Input teks
Elemen asas yang membolehkan pengguna memasukkan dan mengubah data
Teks input
Jenis
- Input Teks: Digunakan untuk data umum seperti emel, nama, kata laluan.
- Input Nombor dengan Dropdown Awalan: Untuk nombor telefon.
- Input Teks dengan Teks Tidak Boleh Sunting di Hadapan: Contohnya, untuk URL.
- Input Teks dengan Butang di Belakang: Contoh kegunaan untuk salin teks.
- Input Tag: Digunakan untuk kategori, topik, jenis, atau penapis.
Saiz
Setiap saiz direka untuk memenuhi keperluan pelbagai bentuk dan menyediakan kebolehbacaan serta pengalaman pengguna yang optimum.
Keadaan (State)
Input teks boleh wujud dalam beberapa keadaan, memberi petunjuk visual kepada pengguna mengenai status semasa dan interaksi yang mungkin.
- Asal: Keadaan awal sedia untuk input pengguna tetapi belum diinteraksi.
- Berisi: Berlaku apabila pengguna telah memasukkan data, menunjukkan input mengandungi kandungan.
- Fokus: Berlaku apabila pengguna klik atau menggunakan papan kekunci untuk fokus pada input.
- Dilumpuhkan (Disabled): Input tidak tersedia untuk interaksi disebabkan konteks atau keizinan pengguna.
Keadaan Ralat
Keadaan ralat dicetuskan apabila pengguna klik atau fokus pada input yang mempunyai ralat sedia ada.
- Input mempunyai sempadan atau bayang merah untuk menunjukkan ralat.
- Input dengan ralat kekal disorot apabila fokus.
- Hanya input teks yang boleh disunting akan disorot; teks tetap tidak akan disorot.
Ikon Hadapan & Belakang
- Ikon Hadapan: Diletakkan di kiri sebelum teks input untuk memberi konteks, seperti ikon emel.
- Ikon Belakang: Diletakkan di kanan selepas teks input, biasanya sebagai butang aksi tambahan.
- Ikon salin - ikon silang
- Ikon ketampakan kata laluan - ikon mata
- Ikon soalan - ikon tooltip
Kumpulan Input Teks
Kumpulan input adalah set elemen borang yang berkaitan, termasuk input teks, mesej petunjuk, dan label, untuk membimbing pengguna dan meningkatkan ketepatan kemasukan data.
Jenis
- Label: Memberi deskripsi yang jelas mengenai tujuan input.
- Input Teks: Kawasan utama untuk kemasukan data. Ia boleh menjadi medan untuk input baris tunggal atau textarea untuk input berbilang baris.
- Teks Petunjuk: Menyediakan panduan atau maklum balas tambahan.
- Bantuan: Memberi arahan atau contoh untuk membantu pengguna memasukkan data yang betul.
- Ralat: Memaparkan mesej ralat apabila input tidak memenuhi kriteria, membantu pengguna memperbaiki entri mereka.
Saiz
Setiap saiz direka untuk memenuhi pelbagai keperluan borang dan menyediakan pengalaman pengguna yang optimum.
Keadaan (State)
Input teks boleh berada dalam beberapa keadaan untuk memberikan petunjuk visual kepada pengguna tentang status dan kemungkinan interaksi.
- Asal: Keadaan awal apabila sedia untuk input pengguna tetapi belum diinteraksi.
- Berisi: Berlaku apabila pengguna telah memasukkan data, menunjukkan input mengandungi kandungan.
- Fokus: Berlaku apabila pengguna klik atau menggunakan papan kekunci untuk fokus pada input.
- Dilumpuhkan (Disabled): Input tidak tersedia untuk interaksi disebabkan konteks atau keizinan pengguna.
- Ralat: Keadaan ralat dicetuskan apabila input tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Teks Petunjuk
- Petunjuk Asal: Memberi panduan tambahan.
- Petunjuk Ralat: Memaparkan mesej ralat apabila input tidak memenuhi kriteria.
Susunan Teks Petunjuk
- Petunjuk di ATAS input teks.
- Petunjuk di BAWAH input teks.
Penyunting WYSIWYG
Penyunting WYSIWYG (What You See Is What You Get) adalah alat berasaskan web yang membolehkan pengguna mencipta dan mengedit kandungan dalam bentuk visual, mirip dengan bentuk akhir paparan.
Pandangan Responsif
Desktop
Paparkan semua ikon gaya.
Telefon
Secara lalai, paparkan gaya asas seperti saiz teks, tebal, condong, garis bawah, dan garis melalui.
- Menu “Lagi” untuk menukar ikon tersembunyi.
- Ikon tersembunyi akan dipaparkan selepas ketik pada menu “Lagi”.
- Ketik pada menu “Lagi” sekali lagi untuk menyembunyikan ikon.
- Pilihan gaya teks dalam menu lungsur skrol: ◦ Perenggan - Regular 15/27 ◦ Tajuk 1 - Semi Bold 30/38 ◦ Tajuk 2 - Semi Bold 24/32 ◦ Tajuk 3 - Semi Bold 20/30 ◦ Tajuk 4 - Semi Bold 18/26 ◦ Tajuk 5 - Semi Bold 16/24 ◦ Tajuk 6 - Semi Bold 14/20
Jenis Butang
- Rujuk keadaan (state) Pilih butang.
- Asal: Keadaan awal ikon sedia untuk interaksi.
- Hover/Aktif: Apabila ikon dihover atau diklik, menunjukkan ikon boleh dipilih.
- Fokus: Pengguna mengklik atau fokus pada ikon.
- Dilumpuhkan (Disabled): Ikon tidak tersedia untuk interaksi.
Keadaan Butang
- Jenis butang pilihan:
default
- Jenis butang:
tertiary
Contoh Penggunaan
Tambah Pautan Dalam Baris
- Sorot teks dalam penyunting teks kaya.
- Klik ikon “Pautan” pada bar penyunting.
- Pop-up akan muncul berhampiran lokasi teks yang disorot dengan input teks untuk memasukkan URL.
- Klik ikon “Semak” untuk menambah pautan pada teks yang disorot.
- Klik ikon “Batal” untuk membatalkan tindakan dan menutup pop-up.
- Kedudukan ekor pop-up berada di tengah mendatar teks yang disorot.
- Keadaan hover butang.
- Ubah teks menjadi biru bergaris bawah.
Kemaskini Pautan Dalam Baris
- Klik pada pautan berwarna biru bergaris bawah dalam penyunting.
- Pop-up muncul berhampiran lokasi teks yang disorot, memaparkan pautan yang telah ditambah. Panjang teks pautan maksimum ialah 300px.
- Klik ikon “Edit” untuk mengedit pautan dan bertukar kepada mod penyuntingan. (Antaramuka yang sama seperti “Tambah pautan dalam baris”).
- Klik ikon “Buang Pautan” untuk memadam pautan pada teks serta mengembalikan gaya teks asal.