Kotak semak
Membenarkan pengguna membuat pilihan binari, seperti memilih atau tidak memilih sesuatu pilihan. Ia sering digunakan dalam borang, tetapan, dan penapis untuk menangkap input dan keutamaan pengguna.
Saiz
Menentukan dimensi kotak semak untuk kesesuaian dalam pelbagai saiz borang.
Keadaan (State)
Menunjukkan status semasa kotak semak, seperti dipilih atau tidak dipilih.
Sifat (Property)
Dipilih (Checked)
Sifat boolean yang menentukan sama ada kotak semak dipilih (true) atau tidak dipilih (false). Apabila dipilih, kotak semak akan memaparkan tanda semak.
- Ruangan Pencetus (Trigger Area): Tambah 5px padding di sekitar kotak semak untuk kemudahan klik.
Indeterminate
Menunjukkan keadaan pilihan campuran atau sebahagian, sering digunakan dalam pilihan hierarki atau apabila status kotak semak menggambarkan gabungan item yang dipilih dan tidak dipilih. Biasanya ditunjukkan dengan tanda sengkang.
Saiz label
Menentukan saiz kotak semak dan teks labelnya untuk kesesuaian dalam pelbagai saiz borang.
Teks Petunjuk
Teks petunjuk di bawah label kotak semak menyediakan maklumat atau panduan tambahan kepada pengguna tentang pilihan kotak semak tersebut.