MYDS Logo

    MYDS

    Beta

    Input tarikh

    Membenarkan pengguna memasukkan tarikh dalam format berstruktur menggunakan medan berasingan untuk hari, bulan, dan tahun.

    date-field-anatomy.pngdate-field-anatomy.png

    1. Ikon Hadapan (Kalendar): Ikon kalendar diletakkan sebelum ruangan input, menandakan bahawa input ini untuk memilih atau memasukkan tarikh.
    2. Hari (dd): Had ruangan 2-digit dari 1-31.
    3. Bulan (mm): Had ruangan 2-digit dari 1-12.
    4. Tahun (yyyy): Ruangan 4-digit untuk tahun.
    5. Pemidah ( / ): Pemisah visual antara hari, bulan, dan tahun untuk menjelaskan format input (contoh: dd/mm/yyyy).
    6. Teks Label: Teks yang melabelkan ruangan tarikh, menunjukkan kepada pengguna tujuan ruangan ini (contoh: "Tarikh Lahir").
    7. Teks Petunjuk: Diletakkan di bawah ruangan tarikh untuk menunjukkan ralat jika tarikh yang dimasukkan tidak mematuhi peraturan ruangan tarikh.

    Sorotan medan input

    date-field-highlight.pngdate-field-highlight.png

    1. Hari: Ruangan input untuk memasukkan hari.
    2. Bulan: Ruangan input untuk memasukkan bulan.
    3. Tahun: Ruangan input untuk memasukkan tahun.

    Saiz

    Setiap saiz direka untuk memenuhi keperluan borang yang berbeza, memastikan keterbacaan dan pengalaman pengguna yang optimum.

    date-field-size.pngdate-field-size.png

    Keadaan (State)

    Mdan input tarikh boleh wujud dalam beberapa keadaan, setiap satunya memberi petunjuk visual kepada pengguna tentang status semasa dan kemungkinan interaksi.

    date-field-state.pngdate-field-state.png

    1. Asal: Keadaan awal ruangan tarikh apabila ia bersedia untuk input pengguna tetapi tidak berinteraksi.
    2. Filled: Berlaku apabila pengguna telah memasukkan angka ke dalam ruangan tarikh, menunjukkan ruangan tersebut mengandungi input.
    3. Focused: Pengguna klik atau tab ke dalam ruangan tarikh, menunjukkan ia aktif dan sedia menerima input.
    4. Dilumpuhkan (Disabled): Ruangan tarikh tidak tersedia untuk interaksi pengguna, sama ada disebabkan oleh konteks semasa atau kebenaran pengguna.

    Ralat

    Keadaan ralat diaktifkan apabila pengguna mengklik atau tab ke dalam ruangan tarikh yang telah mempunyai keadaan ralat.

    date-field-error.pngdate-field-error.png

    1. Ruangan tarikh akan mempunyai sempadan merah untuk menunjukkan ralat.
    2. Ruangan tarikh dengan ralat akan kekal disorot apabila difokuskan.

    Di halaman ini