MYDS Logo

    MYDS

    Beta

    Penomboran halaman

    Membolehkan pengguna melayari set kandungan yang besar yang dibahagikan kepada halaman yang berasingan

    Jenis

    pagination-type.pngpagination-type.png

    1. Jenis 1: Sesuai untuk konteks di mana pengguna ingin melompat ke halaman tertentu dalam sejumlah besar halaman.
    2. Jenis 2: Sesuai untuk navigasi yang lebih ringkas di mana pengguna bergerak ke depan atau belakang.
    3. Jenis 3: Mirip dengan Jenis 2, jenis ini memaparkan halaman semasa dan jumlah halaman di sebelah kiri serta butang navigasi di sebelah kanan.

    Butang Sebelum & Seterusnya

    pagination-buttons.pngpagination-buttons.png

    Gunakan Button Type: Secondary sebagai komponen butang. Apabila butang dinyahaktifkan, hilangkan bayangan di bawah butang.

    1. Asal: Elemen muncul apabila tidak berinteraksi dengan pengguna.
    2. Hover: Elemen berubah apabila pengguna menggerakkan tetikus di atasnya.
    3. Focused: Elemen kelihatan aktif atau terpilih, biasanya melalui navigasi papan kekunci (TAB) atau klik tetikus.
    4. Butang Sebelumnya: Dinonaktifkan apabila pengguna berada di halaman pertama. Diaktifkan apabila pengguna berada di halaman lain.
    5. Butang Seterusnya: Dinonaktifkan apabila pengguna berada di halaman terakhir. Diaktifkan apabila pengguna berada di halaman lain.
    6. Kedua-dua Butang Dinonaktifkan: Apabila hanya terdapat satu halaman.

    Nombor Penomboran

    pagination-numbers.pngpagination-numbers.png

    Gunakan Button Type: Tertiary sebagai komponen butang.

    1. Asal: Keadaan awal nombor penomboran.
    2. Hover & Terpilih: Apabila tetikus diletakkan di atas nombor atau nombor dipilih.
    3. Focused Default: Apabila nombor penomboran terpilih atau difokuskan.
    4. Dilumpuhkan (Disabled): Nombor atau elemen yang tidak boleh diklik.
    5. Focused & Terpilih: Keadaan terpilih apabila difokuskan.

    Di halaman ini