Pilihan
Membenarkan pengguna memilih dari senarai pilihan. Komponen ini sering muncul sebagai menu timbul di mana pengguna klik pada butang pilih, untuk membuat senarai pilihan muncul.
Butang pilih
Jenis
- Asal (Default).
- Dengan Label: Sesuai untuk memaparkan label penapis.
- Tertiari.
- Ikon.
- Ikon Tertiari.
Saiz
Setiap saiz butang pilih direka untuk memenuhi keperluan borang atau tindakan, memastikan keterbacaan dan pengalaman pengguna yang optimum.
Keadaan (State)
- Asal
- Hover
- Focused
- Dilumpuhkan (Disabled)
Penghitung
Penghitung dalam komponen butang pilih ialah petunjuk kecil yang memaparkan nombor, memberi gambaran tentang jumlah penapis, notifikasi, atau item yang dipilih dalam fungsi butang.
Ia memberi visual kiraan yang berkaitan dengan fungsi butang, seperti bilangan penapis yang dipilih, notifikasi, atau item dalam troli.
Ikon Sahaja
Elemen utama pada butang adalah ikon yang menunjukkan fungsi tanpa teks.
Contoh: Ikon 3-titik, Ikon tambah.
Menu Pilih
Menu Pilih ialah menu pop timbul yang muncul apabila pengguna mengklik butang pilih.
Jenis Senarai Menu
- Dropdown atau Menu Konteks
- Pilih: Berbilang
- Pilih: Tunggal
Keadaan Senarai Menu
- Asal
- Hover
- Dilumpuhkan (Disabled)
- Dipilih (Selected)
Menu Dropdown
- Menu “Lagi” untuk pilihan tambahan.
- Fungsi carian di bahagian atas: 2a. Paparkan butang "Kosongkan" di bahagian bawah menu konteks berbilang-pilih apabila sekurang-kurangnya satu pilihan dipilih. Jika tiada pilihan, sembunyikan butang tersebut.
- Fungsi carian di bahagian bawah untuk mencari pilihan.
Item Menu Kumpulan
Item dalam menu konteks yang berkumpulan membantu pengguna dengan mengatur pilihan yang berkaitan ke dalam kumpulan yang mudah diakses.
- Tajuk setiap kumpulan biasanya diletakkan di awal pemisah.
Saiz Menu Dropdown
Setiap saiz menu konteks direka untuk memenuhi keperluan borang atau tindakan, memastikan keterbacaan dan pengalaman pengguna yang optimum.