Login
Templat skrin log masuk yang responsif dan menggunakan komponen MYDS.
Ringkasan Umum
Komponen LoginTemplate menyediakan contoh UI skrin log masuk menggunakan komponen MYDS. Ia merangkumi:
- Header responsif dengan logo, penukar bahasa, dan togol tema.
- Borang log masuk yang dipusatkan dengan medan e-mel/katalaluan serta sokongan log masuk pihak ketiga.
- footer dengan penjenamaan dan pautan navigasi.
Login template ini dibina untuk pembangunan yang pantas dan integrasi yang mudah. Ia direka bentuk untuk membantu pasukan memulakan dengan lebih cepat melalui susun atur yang mematuhi sistem reka bentuk MYDS, tanpa perlu menyusun komponen secara manual.
⚠️ Nota: Ini ialah templat reka bentuk sahaja. Ia tidak merangkumi sebarang logik fungsi seperti:
- Penukaran mod gelap/terang
- Pengesahan e-mel atau katalaluan
- Pengendalian pengesahan
- Penghantaran borang
Anda dijangka melaksanakan logik tersebut berdasarkan keperluan sistem anda sendiri.
Penggunaan
Salin keseluruhan kod di bawah untuk mula!
Anatomi
Ciri-ciri
- Menggunakan sistem gaya dan komponen MYDS.
- Responsif sepenuhnya dengan pengaki adaptif untuk skrin kecil.
- Templat log masuk asas untuk memulakan pembangunan.
Penyesuaian
Anda boleh mengedit apa sahaja dalam kod ini — ia boleh disesuaikan sepenuhnya! Ia dibina untuk membantu anda bermula dengan cepat dengan antara muka log masuk, dan direka bentuk untuk disesuaikan mengikut keperluan anda. Templat ini terdiri daripada tiga bahagian utama:
HeaderLogin– Edit untuk menukar logo dan mengintegrasi komponen berfungsi (togol/dropdown)BodyLogin– Edit untuk mengendalikan logik log masukFooterLogin– Edit untuk menukar logo, info, dan pautan
Anggap ini sebagai titik permulaan UI yang fleksibel. Anda boleh ubah apa sahaja, tambah apa sahaja, dan jadikannya milik anda sepenuhnya! Anda tak perlu lagi design kod css secara sepenuhnya dari awal!